Emas: Sepagi Bersama Azizi Ali
Assalamualaikum wbt,
Semalam (16/1/10), saya telah menghadiri satu seminar bersama Azizi Ali selama 1/2 hari yang bertajuk “The Gold Rush Mini Workshop“.
Kepada sesiapa yang tidak mengenali Azizi Ali, beliau merupakan seorang financial speaker, penulis dan trainer. Beliau telah menulis lebih daripada 30 buku berkaitan pengurusan kewangan. Antara buku2 nya adalah seperti Millionaires are from Different Planet, The Millionaire in Me dan Jutawan dari Planet Jupiter. Buku terbaru beliau adalah Get Rich Faster.
Beliau juga berpengalaman mengadakan workshop berkaitan pengurusan kewangan di Suruhanjaya Sekuriti, Kementerian Kewangan, KWSP, IRB, Malaysia Airlines, AIA, Takaful Nasional, Public Mutual, AM Assurance, Prudential Assurance, Danaharta, PNB, Maxis, UIA, Brunei, Singapore dan juga Thailand.
Selain itu, beliau pernah menulis pelbagai artikel di New Straits Times, Personal Money dan Smart Investor. Sekarang, beliau begitu dikenali sebagai penulis terkenal di majalah Malaysian Business. » Read the rest of the entry..






