Assalamualaikum wbt,
Semalam (16/1/10), saya telah menghadiri satu seminar bersama Azizi Ali selama 1/2 hari yang bertajuk “The Gold Rush Mini Workshop“.
Kepada sesiapa yang tidak mengenali Azizi Ali, beliau merupakan seorang financial speaker, penulis dan trainer. Beliau telah menulis lebih daripada 30 buku berkaitan pengurusan kewangan. Antara buku2 nya adalah seperti Millionaires are from Different Planet, The Millionaire in Me dan Jutawan dari Planet Jupiter. Buku terbaru beliau adalah Get Rich Faster.
Beliau juga berpengalaman mengadakan workshop berkaitan pengurusan kewangan di Suruhanjaya Sekuriti, Kementerian Kewangan, KWSP, IRB, Malaysia Airlines, AIA, Takaful Nasional, Public Mutual, AM Assurance, Prudential Assurance, Danaharta, PNB, Maxis, UIA, Brunei, Singapore dan juga Thailand.
Selain itu, beliau pernah menulis pelbagai artikel di New Straits Times, Personal Money dan Smart Investor. Sekarang, beliau begitu dikenali sebagai penulis terkenal di majalah Malaysian Business.
Keluar TV? Memang dah banyak kali la. Beliau juga mempunyai MBA daripada University of Bath, UK dan merupakan seorang Chartered Financial Consultant (ChFC) yang diperolehinya daripada American College.
Walaupun saya ni memang dah banyak buat homework berkaitan emas, namun seminar ini memang sangat bermanfaat bagi saya, terutamanya setelah mendengar penerangan beliau mengenai beberapa perkara seperti;
1) Gold ETF (Sila baca: What is Gold ETF)
2) Futures and Options berkaitan emas (sila baca: What is Futures Contract) – orang yang invent benda derivatives ni memang gila. Jangan nak cuba-cuba invest. Warren Buffet sendiri pun kata ini adalah weapons of mass destruction. Tun Mahathir sendiri pun pernah bagitau kat Presiden Obama tentang perkara ni. Sila baca point no. 7 di artikel ini “An Open Letter to Obama“.
3) GoldMoney (www.goldmoney.com) – sangat menarik. Dalam ramai yang dok sibuk memperjuangkan aplikasi penggunaan wang dinar dan dirham dalam kehidupan harian, rupa-rupanya mereka ni dah advance. Kita sekarang dah boleh beli barang dengan membuat bayaran menggunakan emas! Cuba anda baca sini untuk maklumat lanjut (klik sini). Namun, bagi orang Islam, jangan terburu-buru kerana ada beberapa point yang saya nampak ianya tidak patuh kepada syariat Islam. Begitu juga dengan Gold ETF dan Derivatives. Kita kene rujuk ustaz2 yang faqih dengan fiqh muamalat dulu ye. Jangan main semberono je. Bab selamat atau tidak pun satu point lagi yang kene consider. Biasanya, kalau tak patuh syariat, memang ada banyak lubang untuk berlaku kerugian atau penipuan.
4) Why Must Buy Gold Now – ini dirungkaikan dengan hal-hal berkaitan collapse of the dollar, China, lack of alternatives, high demand low supply, distrust in the financial system, US debt as % of GDP, US trade deficit as % of GDP, annual gold production versus demand, hedge against hyper inflation (please notice the word ‘hyper‘. It is hyper inflation, not just some normal inflation), The Bretton Woods Agreement dan lain2 lagi.
Hehe…yakinlah…SEKARANG ni juga anda mesti beli emas fizikal (bukan skim pelaburan emas ye). Sekarang harga emas tengah turun dan stabil. Sket time lagi …insyaAllah …naik …naik …dan naik. Kalau tak naik pun, dalam keadaan ekonomi baik atau buruk, memiliki emas tetap menguntungkan.
Secara keseluruhannya, saya memang berpuas hati dengan segala pengetahuan yang saya dapat. Malah, saya dapat bina networking dengan orang2 yang boleh dikatakan serious tentang emas. We should build our network with serious people!
Kini, saya makin bersemangat untuk terus mendalami pengetahuan berkaitan emas.
Oh ye, terlupa pulak. Petang semalam, lepas selesai seminar bersama Azizi Ali, saya pergi pula seminar Public Gold yang bertajuk Krisis Kewangan dan Peranan Emas. Time saya datang memang dah nak habis dah seminar tu. Walau bagaimanapun, saya masih gembira kerana dapat berjumpa few speakers, para peserta dan rakan2 yang aktif dengan emas ni. Tengok2 la gambar yang saya dapat ambil sewaktu kedua-dua seminar tersebut.

Saya bersama En Syukor dan Pokli
Tunggu artikel2 saya yang seterusnya ye…
P/S: Hubungi saya (klik sini) untuk apa2 berkaitan emas.
***************************************************
Entri Terdahulu
***************************************************
Emas : Satu Permulaan
Emas: Tulen atau Palsu
Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
Emas: Anda Tidak Akan Kaya Dengan Memiliki Emas
***************************************************
Entri-entri Di Masa Hadapan
***************************************************
Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas
Emas: Perbandingan Produk
Emas: Bagaimana Untuk ‘Diversify‘ Pelaburan Anda Dengan Betul
Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal
Emas: Hukum hakam Di Dalam Islam Berkaitan Emas
Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah
dan lain2 lagi…
Posted by admin.
Filed under Uncategorized
Posted on Sun, 17 January 2010 at 5:49 PM
Subscribe to RSS 2.0 feed.





alip…pelaburan emas yg ko cakap tu mcm etika emas tu ke???
25 Jan 10 at 4:58 PM #ha’ah konda.
apa sahaja yg seadik-beradik dengannya. Any deposit taking from any company, mesti dapat kebenaran from bank negara.
Senang cerita, beli emas fizikal ni, make sure kita dapat emas fizikal tu. Macam kita pergi beli roti kat kedai runcit. Bayar, pastu dapat roti sebuku. Dah.
Yg selain daripada tu, jauhkan. Tak kisah la walau pun mula2 mmg kita dapat emas fizikal tu but then kene pajak and bagi duit pajak tu kat dia, etc2…itu semua jauhkan.
Salah di segi undang2 Malaysia. Yg boleh amik deposit taking ni biasanya adalah entiti yg ada status ‘Berhad’(bukan setakat Sdn Bhd) dan Bank2 sahaja.
26 Jan 10 at 8:09 AM #Boleh baca sini antara news yg berkaitan deposit taking from public: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/26/nation/5547022&sec=nation
26 Jan 10 at 8:11 AM #skang nak tanye pendapat ko tentang maybank gold saving acc ngn public bank gold investment..adakah sama mcm kite melabur emas fizikal?
01 Feb 10 at 4:50 PM #Public Bank gold investmet tu, bermasalah dari segi hukum. Yg Maybank tu pulak, ok dgn beberapa syarat.
Sori konda, skarang aku tgh sibuk sgt. InsyaAllah this weekend aku tulis few post more for aidanemas.
For the time being, pegang je konsep macam beli roti yg aku mention kat atas. Beli emas FIZIKAL. Bayar dan amik emas fizikal tu. Dah.
Sorry sgt2 bro.
03 Feb 10 at 5:47 PM #tahniah alif for the blog and very informative article.
04 Feb 10 at 11:51 AM #teruskan menulis dan berkongsi ilmu emas ni.
sekarang aku dah tau macamana nak buat untung drpd emas2 ni,hehe.
oi
05 Feb 10 at 8:21 AM #aku tak faham la…
05 Feb 10 at 8:22 AM #satu lagi….ape beza publicgold ngn kijang emas?? kalo ikut 2-2 emas kan….patut takde la beza…bkn pe tak silap aku kalo kijang emas calar sket rege turun byk…tp publicgold tak pulak…advise me…
07 Feb 10 at 11:31 PM #betul la tu konda. Kijang emas kalau calar tak leh jual balik. Tapi Public gold kalau calar, or even bengkok pun boleh jual balik. Itulah kelebihan Public Gold.
08 Feb 10 at 3:45 PM #