Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Nama saya Mohd Alif bin Nordin. Semua orang panggil saya ‘Alif’ (sebutannya macam anda mengaji ‘alif‘, ‘ba‘, ‘ta‘ tu la). Saya merupakan graduan daripada Multimedia University (MMU) kampus Melaka. Kini saya sedang menyambung pengajian Masters in Business Administration (MBA) di Management & Science University (MSU) dengan pengkhususan di dalam bidang Global Marketing.
Saya merupakan salah seorang pengarah di dalam Aidan Group of Companies. Di dalam Aidan, fokus saya adalah lebih kepada bidang IT iaitu software dan web applications development. Bersama-sama dengan warga Aidan yang lain di dalam Aidan Technologies Sdn Bhd, perhatian saya banyak tertumpu kepada skop operasi, pembangunan perniagaan, pemasaran dan jualan. Saya juga memikul tanggunjawab untuk membangunkan Aidan Group secara keseluruhannya.
Di dalam keluarga Aidan, kami amat menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan setiap ahli kami. Walaupun dalam banyak perkara kami akan memberi arahan kepada para pekerja, namun kami sentiasa menggalakkan mereka untuk menyuarakan sebarang idea dan inisiatif untuk menambah baik hasil kerja yang diinginkan. Mereka tidak bekerja seperti pak turut semata-mata. Setiap warga Aidan sepatutnya merasakan Aidan Group merupakan tempat untuk mereka meneroka potensi diri yang boleh di majukan di masa hadapan.
Kini, secara individu, saya cuba meneroka satu minat baru yang saya rasakan sesuai dengan jiwa saya dan yakin ianya mempunyai potensi untuk di majukan sebagai salah satu portfolio Aidan Group. Saya sangat berminat untuk berkecimpung di dalam pelaburan emas. Malah, saya bercita-cita agar Aidan dapat menjadi salah satu pengeluar emas dan logam-logam bernilai yang lain di Malaysia. Lebih penting lagi, semoga Aidan dapat membantu ke arah merealisasikan kewujudan sistem kewangan kukuh yang menggunakan wang dinar dan dirham, di Malaysia ini satu hari nanti.
Namun begitu, sudah pasti fokus utama saya adalah pada apa-apa urusniaga yang sedang berjalan di dalam Aidan Technologies dan anak-anak syarikat kami yang lain. Walaupun saya berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mara ke hadapan di dalam industri emas, buat masa ini, pelaburan emas hanyalah sebagai minat sampingan saya sahaja.
Sebab itu saya adakan blog ini. Ia merupakan platform utama untuk saya melangkah maju di dalam bidang pelaburan emas. Semoga anda sebagai pembaca mendapat manfaat dengan segala maklumat dan pengetahuan yang di kongsi bersama.
Selamat membaca!
P/S: Jangan lupa untuk melanggan artikel di blog ini melalui email ye. Anda hanya perlu masukkan alamat email anda dan tekan butang ’subscribe’. Itu je. hehe…
Sekian,
Alif
T: 019-2624 250
E: alif(at)aidanemas.com
*gantikan (at) dengan @


